MINYAK LINTAH HIKMAH PLUS, PRODUK SEJAK TAHUN 1990 DI PROSES OLEH PAKAR URUT ZAKAR YG BERPENGALAMAN LEBIH 20 TAHUN DAN ARTIKEL PERNAH KELUAR DI AKHBAR KOSMO DAN SINAR .

PENGASAS ES2Q

                                                               


Kesihatan merupakan satu anugerah Allah yang amat berharga kepada manusia. Kita tidak dapat menilai harganya ketika kita masih sihat namun setelah kita ditimpa dengan pelbagai penyakit barulah kita memahami erti sebenar nilai kesihatan. Manusia bersedia membelanjakan ribuan malah jutaan ringgit untuk mendapat kembali kesihatan kepada tubuh. 

Saya pernah merawat seorang pesakit kronik yang sudah menghabiskan hampir RM40,000.00 untuk membeli pelbagai ubat ubatan dan mesin rawatan semata-mata untuk mendapatkan kembali kesihatan pada tubuhnya. Siapa saja juru jual yang datang menziarahi beliau dan mencadangkan produk yang dijualnya maka beliau terus membeli dengan harapan penyakitnya akan kembali sembuh. Nyata janji hanya tinggal janji sahaja. Malah ketika temubual dengannya beliau menyatakan rasa ingin membunuh diri kerana tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung selama ini. Cerita-cerita sebegini bukanlah sedikit dalam masyarakat kita. Kita amat bersimpati dengan situasi sebegini kerana mereka akan melalui kehidupan dalam suasana yang amat menyedihkan lebih-lebih lagi jika ianya berlaku di kalangan warga pendidik. Emosi mereka sangat terganggu dan emosi inilah yang perlu dirawat terlebih dahulu sebelum merawat penyakit fizikalnya. Keadaan inilah yang disebut sebagai peristiwa “lost and grief” yang akan dilalui oleh semua manusia. 

Jesteru itu, hakikat sebenarnya apabila seseorang itu sakit yang utama perlu dirawat bukanlah sakit fizikalnya tapi merawat minda dan emosinya. Apabila minda dan emosinya tidak stabil maka sakit fizikal adalah sukar untuk dirawat. Menstabilkan emosi dan mindanya merupakan jalan yang terbaik untuk proses kesembuhan penyakit fizikalnya. Keduanya, kita juga perlu faham kenapa kita sakit. Menurut pakar pemakanan Dr. Regner Barg segala penyakit berpunca daripada badan yang berasid. Menurut beliau badan kita sepatutnya mengandungi 80% alkali dan 20% asid. Apa yang berlaku kini ialah badan kita mengandungi 80% asid dan 20% alkali. Inilah punca utama kenapa kita jatuh sakit kerana persekitaran tubuh telah memberi ruang yang banyak untuk pembiakan pelbagai jenis penyakit.

Maka Terapi Tenaga ES2Q memberi fokus kepada menstabilkan emosi dan juga minda di samping memperseimbangkan kembali kandungan alkali dan asid dalam tubuh supaya ianya akan membina kembali metabolism tubuh yang kuat dan dibantu dengan ayat-ayat Al-Quran bagi mengimbangi hati, minda, tubuh dan rohani ke arah lebih tenang, lebih fokus, lebih ingatan, lebih cergas, lebih cerdik dan lebih sihat. Inilah agaknya untuk memudahkan kita memahami pengertian hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang mengatakan setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati dan tua (Hadis riwayat Abu Daud) dan "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) yang hati ini kita sering merujuk kepada emosi.

Tiada ulasan: